Selasa, 21 Oktober 2014

CONTOH PENGGUNAAN KEMAGNETAN



a. Dinamo Basikal




i)  Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
ii) Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
iii)Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan

iv)Bahagian Dinamo Basikal



v) Prinsip Kendalian Dinamo

1)  3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar
2)  gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum
3) dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet
4) Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar
5)  teras besi mengembangkan medan magnet


b. Turbin



- turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin
- turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik
- rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.

Isnin, 20 Oktober 2014

Sel basah

2. Sel Basah



i)   Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
ii)  Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
iii) Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
iv) Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
v)  boleh dicas semula
vi) Bahagian sel basah;


A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , 
E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair), F= Terminal Negatif


- sel asid plumbum terdiri daripada :
i. plumbum peroksida – elektrod positif
ii. Plumbum – elektrod negatif
iii. Asid sulfurik – elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia.



3. Cahaya



i)   Cahaya Sebagai Sumber Elektrik



ii)  Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila   menerima cahaya.
iii) Sel foto/solar yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik
iv) Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi

SUMBER ELEKTRIk


1. Kemagnetan

-Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik
-Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar
-Contoh :

CIRI-CIRI MAGNET

  1. Magnet semula jadi adalah seketul batu magnet yang mampu menarik besi,nikel dan kobalt.
  2. Magnet pada hari ini diperbuat daripada aloi logam seperti alniko (alio aluminium,nikel dan kobalt).
  3. Magnet yang tergantung secara bebas biasanya akan menghala ke utara -selatan.Prinsip ni digunakan dalam kompas.
  4. Magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan.Kutub yang sama akan menolak manakala kutub berlainan akan menarik antara satu sama lain.


MEDAN MAGNET DAN GARIS MEDAN MAGNET
  1. Kemagnetan adalah kesan yang ditunjukkan oleh magnet .
  2. Medan magnet merupakan kawasan disekeliling magnet dimana daya magnet dapat dirasai.
  3. Medan magnet sangat kuat pada bahagian kutub.
  4. Garis medan magnet akan terpisah apabila jauh dari kutub kerana medan magnet semakin lemah.
  5. Garis medan magnet keluar dari kutub utara dan masuk dari kutub selatan.
  6. Apabila 2 batang magnet bar disusun dengan kutub yang sama menghala satu dengan lain,titik neutral akan wujud .Medan magnet tiada pada titik neutral.





                                                                                                                                                    

Elektrik

MAKSUD ELEKTRIK

  • Elektrik ialah tenaga
  • Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
  • Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
  • Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).
  • Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).
  • Sumber-sumber tenaga elektrik ialah sel suria,,sel kering,penjana kuasa,bateri basah,bateri kadmium dan dimono.

                                                      

Kerjaya dalam industri petroleum

CONTOH KERJAYA DALAM INDUSTRI CARIGALI PETROLEUM

1.AHLI TEKNOLOGI PETROLEUM
-Menyediakan peralatan untuk cari gali,mengumpul data log,menyelia penggalian dan operasi,mereka bentuk peralatan untuk penghasilan telaga dan bateri.

2.JURUTERA PENGGALIAN
-Mereka bentuk prosedur untuk proses carigali yang selamat serta menjimatkan kos,berkerjasama dengan kontraktor carigali.kontraktor servis dan ahli geologi serta pakar-pakar yang lain.

3.PETROPHYSICIST
-Menggabungkan kesemua data yang diperoleh dari telaga minyak dan sensor tambahan termasuk akustik,spektroskopi dan resonan magnetik untuk mendapatkan serta meningkatkan ciri-ciri mekanikal sesebuah telaga minyak.

4.JURUTERA TAKUNGAN
-Mencipta model telaga minyak serta peluang eksplorasi untuk memaksimumkan nilai kedua-dua eksplorasi dan penghasilan untuk meningkatkan produk penghasilan hidrokarbon.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Atasi kesan petroleum

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Kegiatan Perlombongan Petroleum
     

i) Langkah Perundangan
    Menghadkan kouta pengeluaran petroleum,pemberian lesen dan konsesi cari gali petroleum di kawasan atau medan petroleum yang baru mestilah dilaksanakan agar simpanan sumber ini dijamin berterusan dan tidak dieksploitasi sepenuhnya dalam jangka masa yang singkat.Contohnya;Akta Perlombongan Petroleum 1966.


ii) Amalan Pengurusan Strategik

            Langkah pengurusan strategik, iaitu menjalankan kerja-kerja pembersihan laut, pantai, dan sungai jika didapati pencemaran laut, pantai, dan sungai berlaku. Kerja-kerja  pembersihan ini mestilah dijalankan secara bersepadu antara syarikat yang terbabit dengan Jabatan Alam sekitar.


iii) Kempen Dan Pendidikan Alam Sekitar

            Kempen-kempen secara  berterusan dan bersepadu antara angensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat perlu diadakan. Kempen boleh diadakan melalui media massa iaitu media cetak dan media elektronik seperti kaca televisyen dan corong-corong radio.

            Pendidikan alam sekitar boleh dilakukan dengan mengadakan seminar, forum, dialog  di kalangan pengusaha perlombongan dengan pihak kerajaan. Hal ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar.

  

Teknologi perlombongan

Penggunaan Teknologi Moden Dapat Memaju Dan Memperkembangan Sektor Perlombongan  Di Malaysia

i) Gerudi
            Gerudi ialah alat yang digunakan untuk mengorek lapisan batuan yang keras.Gerudi boleh menembusi lapisan  batuan sehingga 100 kaki dari permukaan bumi. Proses mengorek akan berhenti apabila kerja-kerja tersebut ke kawasan takungan atau telaga  minyak atau gas asli. Tegasnya, dengan adanya teknologi penggerudian ini, aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli berkembangan dengan pesat. Contohnya pada 1973 jumlah penggeluaran minyak mentah telah meningkat kepada 90,000 tong sehari.

ii) Kapal tangki
Kapal tangki adalah satu teknologi pengangkutan untuk memunggah petroleum mentah daripada pelantar pengeluar minyak yang telah di luar pantai ke pusat penapisan minyak di daratan. Contoh di pusat penapisan kertih Terengganu. Kapal ini dapat membawa beribu-ribu tong minyak mentah. Dengan pengunaan kapal tangki,  dapat mempercepatkan penghantaran minyak  ke pusat-pusat penapisan seperti di Tangga Batu, Melaka.

iii) Paip Dasar laut
Penggunaan paip dasar laut memudahkan proses penghantaran  petroleum dan gas asli  dari pelantar  ke pusat penapisannya  selain daripada penggunaan kapal tangki.  Di samping itu, teknologi paip juga  digunakan untuk menghantar minyak yang telah ditapis ke pusat simpanan sementara dihantar kepada pengguna.
                                                

iv) Pelantar Pengeluaran Minyak
Pelantar pengeluaran minyak adalah satu binaan konkrit didirikan di tengah lautan.  Pelantar ditempatkan alat penggerudian, tangki simpanan sementara, tempat pendaratan helikopter, pejabat pentadbiran, tempat rehat pekerja. Dengan ini, kerja-kerja pengeluaran minyak mentah dapat dijalankan sepanjang masa. Contoh pelantar seperti Pelantar Parameswara dan pelantar Duyong di luar pantai Terengganu.



Khamis, 16 Oktober 2014

Langkah-Langkah Untuk Memaju Dan Membangunkan Sektor Pertroleum Di Malaysia.

           
  •          Mempergiatkan usaha mencari gali

Mempergiatkan usaha mencari gali untuk mengesan longgokkan baru seperti yang dijalankan oleh PERTRONAS dan Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC). Contohnya, penemuan kawasan blok baru di luar pantai Sabah dan Sarawak. Di samping itu,  usaha ini dilakukan juga sehingga ke Alaska, Amerika utara oleh syarikat minyak antarabangsa bagi mengatasi kekurangan bekalan petroleum.
  • Menggunakan teknologi moden
Menggunakan teknologi moden dalam mempertingkatkan kecekapan perlombongan serta cara pemprosesan sumber mineral untuk elakkan pemba-ziran.  Contohnya seperti penggunaan satelit untuk mengesan kawasan yang kaya dengan sumber-sumber petroleum di luar pantai Malaysia. . Selain itu, teknologi memproses yang lebih moden dapat memastikan sumber seperti bijih timah dapat diproses dengan lebih baik tanpa pembaziran.


  • Kerjasama dengan Negara lain.
Kerjasama dengan Negara lain. Kepentingan kerjasama ini dapat memajukan sektor perlombongan pada masa akan datang. Contohnya Malaysia mengadakan kerjasama dengan negara OPEC (Pertubuhan negara-negara pengeksport petroleum). Kerjasama ini bertujuan memastikan kestabilan harga minyak di pasaran dunia. Di samping itu, pertubuhan dapat menjadi tempat perbincangan berkaitan dengan petroleum.



  • Inisiatif kerajaan
Kerajaan telah memperuntukkan bajet bagi kemahiran petroleum dalam sektor pendidikan di dalam bajet 2015.Beberapa buah negeri yang bergiat dalam industri perlombongan petroleum diberi penekanan oleh kerajaan.




Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Pesat Sektor Perlombongan Malaysia.

            i. SIMPANAN SUMBER YANG BANYAK
            Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor petroleum  Malaysia ialah  stok atau simpanan sumber .Stok simpanan sumber yang banyak dapat menentukan jangka masa operasi di samping kualiti sumber mineral yang ada.Contohnya sumber petroleum di Malaysia berkeupayaan mengeluarkan 600 000 tong sehari dan dijangka dapat dilombong sehingga 50 tahun lagi.

            ii. PERMINTAAN YANG TINGGI
            Di dalam negara permintaan terhadap petroleum dan gas asli meningkat kerana perkembangan pesat sektor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung kepada sumber tenaga sebagai sumber bahan mentah dan sumber kuasa.Contoh petroleum dari Malaysia yang bermutu tinggi mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura kerana kandungan sulfurnya yang rendah mengurangkan kadar pencemaran.

            iii. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
        Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan jalan air yang baik memudahkan ketersampaian ke kawasan perlombongan.Manakala prasarana yang mencukupi seperti kemudahan pelabuhan, gudang penyimpanan dan sebagainya membantu dalam urusan penyimpanan dan pemasaran petroleum.
           
            iv. KEUPAYAAN MODAL DAN TEKNOLOGI
          Sumber modal akan mempengaruhi skala pengeluaran iaitu melalui pelaburan modal asing dan pelaburan modal tempatan seperti dari sektor kerajaan dan swasta.Contohnya, Petronas menanam modal yang besar dalam perlombongan petroleum di Malaysia.Teknologi  yang tinggi juga diperlukan untuk kegiatan perlombongan petroleum secara besar-besaran.

            v. TENAGA BURUH
Tenaga buruh mahir amat penting untuk kerja-kerja kejuruteraan, R & D, kawalan mutu dan sebagainya. Kekurangan buruh mahir ini biasanya diatasi dengan pengambilan tenaga mahir asing dan juga melalui skim latihan dan kursus jangka panjang untuk pekerja tempatan.Contohnya Petronas menghantar pekerjanya bagi mengikuti latihan kemahiran di luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jerman setiap tahun bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Di samping itu, Petronas  menubuhkan Universiti Petronas di Terengganu bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang berkaitan.

            vi. Dasar kerajaan
          Galakan kerajaan dapat mempertingkatkan pengeluaran.Contohnya galakan kerajaan di Malaysia dalam sektor perlombongan petroleum dapat dilihat melalui penubuhan Petronas bagi kerja-kerja meneroka dan memproses sumber petroleum di perairan negara.


SENARAI SYARIKAT CARI GALI MINYAK DAN GAS DI MALAYSIA.


  1. Aker Solutions Malaysia Sdn Bhd 
  2. BP Asia Pacific
  3. Carigali - Hess Operating Co. Sdn. Bhd
  4. CH Mutiara Petroleum Company Sdn Bhd
  5. ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc
  6. Genting Oil & Gas Limited
  7. Mitra Energy Limited
  8. Murphy Sarawak Oil Company Ltd.
  9. Newfield Sarawak Malaysia Inc. 
  10. Nippon Oil Exploration (Malaysia) Ltd 
  11. PETRONAS Carigali Overseas Sdn Bhd
  12. Shell Oil and Gas (Malaysia) LLC 
  13. Shell Exploration and Production Malaysia B.V.
  14. Shell Sabah Selatan Sdn. Bhd
  15. Talisman (Malaysia) Ltd.
  16. UMW Oil & Gas 
1O NEGARA TERBESAR MENGEKSPORT PETROLEUM DI DUNIA

  1. ARAB SAUDI
  2. RUSIA
  3. AMERIKA SYARIKAT
  4. IRAN
  5. CHINA
  6. MEXICO 
  7. KANADA
  8. UNITED ARAB EMIRATES
  9. VENEZUELA
  10. KUWAIT



PETROLEUM MALAYSIA

MALAYSIA merupakan pengeluar petroleum kedua terbesar di Asia Tenggara.





KAWASAN CARI GALI PETROLEUM.

  • Medan petroleum Tiong,Guntong,Tapis,Semangkok,Dulang,Bekok,dan Seligi di lombong di luar pantai Terengganu.
  • Medan petroleum Baram,Baronia,Betty,bokor,Temana di luar pantai Sarawak.
  • Medan Petroleum St.Joseph,Erb West,dan Samarang di luar  pantai sabah.
  • Petroleum Baram,Baronia,Betty,bokor,Temana di luar pantai Sarawak.
KAWASAN CARI GALI GAS ASLI.
  • Medan gas asli di Tujuh,Bujang,Resak,dan Jerneh yang terletak di luar pantai Terengganu. 
  • Medan gas asli di Kinarut dan Glayzer di luar pantai Sabah.
  • Medan gas asli di Beryl dan Laila di luar pantai Sarawak.                                                                           

KAWASAN PENAPISAN.


  • KERTEH,TERENGGANU
  • PORT DICKSON,NEGERI SEMBILAN
  • TANGGA BATU,MELAKA
  • LUTONG,SARAWAK


KEPENTINGAN PERLOMBONGAN
  1. Perlombongan petroleum dan gas asli menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini kerana, pengeksportan petroleum keluar negara dikenakan cukai oleh kerajaan.
  2. Sektor perlombongan dan pemprosesan petroleum dan gas asli banyak menyediakan peluang pekerjaan. Menurut rekod tahun 2014,seramai 41 928 orang terlibat dalam sektor perlombongan negara.
  3. Bukan itu sahaja, industri perlombangan turut merancakkan lagi pembukaan kawasan baru contohnya; kawasan Kerteh, Miri, Paka ,Bintulu, Miri dan Lutong  yang menjadi pusat penapisan petroleum di Malaysia.
  4. Perlombongan juga menggalakkan pelabuhan khas bagi mengeksport gas petroleum cecair.
  5. Perlombongan petroleum  turut menggalakkan industri petrokimia yang merangkumi pembuatan plastik,detergent,getah dan serat sintetik.

Perlombongan petroleum dan gas asli

Kesan aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli 

         Pencemaran laut
  • Tumpahan minyak
  • Pembuangan sisa minyak dari pelantar minyak
  • Kerja perlombongan petroleum
  • Kerosakan kapal tangki 
         Hakisan tanah
  • Hutan ditebang untuk  pembinaan kawasan baru bagi kilang pemprosesan  petroleum
  • Hakisan tanah terjadi apabila tanah kehilangan tanaman serta pokok yang menjadi sistem sokongan.
        Peningkatan kadar pencemaran laut
  • Aktiviti pemprosesan petroleum dan gas asli membebaskan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan beberapa jenis hidrokarbon. 
  • Contohnya di Kerteh dan Lutong.
        Peningkatan suhu dan pulau haba
  • Aktiviti pembakaran gas berlebihandikawan pelantar minyak dan loji pemprosesan gas asli menyebabkan peningkatan suhu.
  • Keadaan ini amat dirasai di kawasan Bintulu dan Kerteh dan kawasan persekitaran.
         Perubahan landskap
  • Penebangan hutan untuk pembinaan kawasan baru yang meliputi kilang pemprosesan petroleum.Ia menyebabkan perubahan landskap sesuatu tempat.
  • Contohnya di Kerteh.
EKSPERIMEN PENYULINGAN BERPERINGKAT

AIM: Untuk mengkaji penyulingan pecahan petroleum.
BAHAN: Minyak mentah (petroleum) ,kapas kaca
RADAS: Tabung didih,penunu bunsen,kaki retort,tabung uji,mangkuk                                                    pijar,penyumbat,termometer,250ml bikar,tiub penghantaran.

PROSEDUR:



  1. Sediakan radas seperti rajah diatas.
  2. Tambah 20ml minyak mentah ke dalam tabung didih dengan kapas kaca.
  3. Panaskan minyak mentah didalam tiub secara perlahan.
  4. Kumpul tiga pecahan penyulingan pada suhu berikut:
  • Bawah 120'C
  • Antara 120-170'C
  • Antara 170-220'C

Keputusan :
Pecahan
Julat Suhu
0C )
Warna Pecahan
Kelikatan
Keboleh bakaran
Kuantiti jelaga
1
50- 100 0CTidak berwarnaCair / mudah mengalirMudah terbakarTiada jelaga
2
101-150 0CKuning mudaPekat sedikitMudah terbakarSedikit jelaga
3
151- 200 0CKuning tuaAgak pekatSusah terbakarAgak banyak jelaga
4
201- 250 0CPerangAgak pekatAmat sukat terbakarAmat banyak jelaga
Baki
Lebih dari 250 0CPerang tua - hitamAmat likat / sangat sukar mengalirTidak terbakar
-


PENYULINGAN BERPERINGKAT





Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya.

Pecahan Petroleum
Kegunaan
Gas-gas petroleum(takat didih paling rendah )Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.
PetrolDigunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.
NaftaSumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut
KerosinDigunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )
DieselDigunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.
Minyak pelincirDigunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran
ParafinDigunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci
Minyak Bahan ApiDigunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa
Bitumen(takat didih paling tinggi)Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.
PROSES PENYULINGAN BERPERINGKAT

PENGENALAN


  1. Petroleum mentah berwarna merah dan merupakan cecair pekat yang terdiri daripada campuran pelbagai jenis hidrokarbon.
  2. Penyulingan berperingkat adalah satu proses di mana petroleum itu dipanaskan dan hidrokarbon yang berbeza disuling pada suhu yang berbeza .
  3. Setiapbahagian hidrokarbon dikenali sebagai pecahan.
  4. Hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang rendah akan dipisahkan dahulu.
  5. Semua pecahan tidak larut dalam air dan mudah terbakar.
  6. Pecahan yang diperoleh daripada penyulingan berperingkat perlu dirawat sebelum dihantar kepada pengguna.
PENGENALAN

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon.


  • Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, 
  • kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir.
  • Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . 
  • Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. 
  • Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. 
  • Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .

Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

Arang batu juga merupakan sumber asli hidrokarbon.

  • Arang batu terbentuk daripada sisa tumbuhan (di kawasan berpaya) yang mati , 
  • kemudian tertimbus , berjuta-juta tahun dahulu . 
  • Sisa tumbuhan itu terdedah kepada suhu dan tekanan yang tinggi , seterusnya bertukar kepada arang batu.
RUJUKAN

1.Oil Domes: Sejarah penemuan minyak bumi di dunia
[http://oildomes.blogspot.com/2013/12/sejarah-penemuan-minyak-bumi-di-dunia.html]

2.Petroleum
[http://alfinurillahi.blogspot.com/2012/10/petroleum-minyak-bumi-dan-gas_9381.html]

3.Senarai 10 university terbaik dalam bidang petroleum engineering
[http://billyinfo.blogspot.com/2013/04/10-universiti-terbaik-di-dunia-untuk.html#axzz3GkgJLqOK]

4.Peluang pekerjaan
[ipai-ans.blogspot.com/2011/07/peluang-pekerjaan-dan-kerjaya-dalam.html]

Seiring dengan perkembangan zaman, enjin yang awalnya didukung oleh tenaga manusia dan haiwan, mula bdigantikan dengan penggunaan minyak sebagai bahan api untuk kuasa enjin. Selepas James Watt mencipta enjin stim kali pertama yang menimbulkan revolusi perindustrian, masyarakat umum mula memburu minyak sebagai sumber tenaga, kerana ia tidak praktikal dan menyusahkan.

                   Perkembangan seterusnya, mulalah dilakukan eksplorasi dan eksploitasi petroleum. Lalu penemuan petroleum yang berbentuk cecair yang berasal dari proses endapan fosil-fosil selama berjuta-juta tahun di dalam bumi. Minyak bumi ini memenuhi kriteria untuk digunakan sebagai bahan bakar yang mudah digunakan sebagai sumber tenaga.




SEJARAH PETROLEUM..


Sumber dari Ensiklopedia Britannica, petroleum ditemui pada 5000 tahun sebelum masihi oleh bangsa Asyiria, Sumeria, dan Babilonia kuno. Cara mendapatkan petroleum tersebut tidak dilakukan dengan cara penggerudian yang sama dengan zaman ini,namun bangsa-bangsa tersebut memperoleh petroleum dengan mengambilnya di permukaan bumi kerana petroleum tersebut meresap sampai ke permukaan. Bangsa-bangsa tersebut memanfaatkan petroleum sebagai ubat luka, julap, atau pembasmi kutu.

            Namun, ada sumber yang belum diketahui dengan tepat mengatakan bahawa petroleum pertama ditemukan di Timur Tengah (Parsi kuno/Iran) sebagai rembesan yang muncul ke permukaan bumi.Sumber juga menyatakan bahawa Nabi Nuh AS juga menggunakan petroleum yang merembes di permukaan yang berbentuk asfalt atau minyak tar untuk menampal perahunya agar tidak dimasuki air.

           Seiring perubahan zaman, pada abad pertama, bangsa Arab dan Persia berjaya menemukan teknologi penyulingan petroleum. Penyulingan ini menghasilkan minyak yang mudah terbakar. Hal ini demikian minyak digunakan sebagai bahan bakar sehingga kini. 

         Pada zaman berikutnya, gas asli yang pertama terbakar.Oleh itu,muncul agama yang menyembah api yang menganggap itu adalah api abadi (Majusi).

         Beberapa abad kemudian bangsa Spanyol melakukan peperlombongan petroleum di wilayah yang bernama Kuba, Mexico, Bolivia, dan Peru. Pada pertengahan abad ke-19, masyarakat Amerika Utara dan Eropah menggunakan minyak tanah atau arang batu sebagai bahan bakar.


              

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...