Khamis, 16 Oktober 2014


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Pesat Sektor Perlombongan Malaysia.

            i. SIMPANAN SUMBER YANG BANYAK
            Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan pesat sektor petroleum  Malaysia ialah  stok atau simpanan sumber .Stok simpanan sumber yang banyak dapat menentukan jangka masa operasi di samping kualiti sumber mineral yang ada.Contohnya sumber petroleum di Malaysia berkeupayaan mengeluarkan 600 000 tong sehari dan dijangka dapat dilombong sehingga 50 tahun lagi.

            ii. PERMINTAAN YANG TINGGI
            Di dalam negara permintaan terhadap petroleum dan gas asli meningkat kerana perkembangan pesat sektor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung kepada sumber tenaga sebagai sumber bahan mentah dan sumber kuasa.Contoh petroleum dari Malaysia yang bermutu tinggi mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura kerana kandungan sulfurnya yang rendah mengurangkan kadar pencemaran.

            iii. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
        Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api dan jalan air yang baik memudahkan ketersampaian ke kawasan perlombongan.Manakala prasarana yang mencukupi seperti kemudahan pelabuhan, gudang penyimpanan dan sebagainya membantu dalam urusan penyimpanan dan pemasaran petroleum.
           
            iv. KEUPAYAAN MODAL DAN TEKNOLOGI
          Sumber modal akan mempengaruhi skala pengeluaran iaitu melalui pelaburan modal asing dan pelaburan modal tempatan seperti dari sektor kerajaan dan swasta.Contohnya, Petronas menanam modal yang besar dalam perlombongan petroleum di Malaysia.Teknologi  yang tinggi juga diperlukan untuk kegiatan perlombongan petroleum secara besar-besaran.

            v. TENAGA BURUH
Tenaga buruh mahir amat penting untuk kerja-kerja kejuruteraan, R & D, kawalan mutu dan sebagainya. Kekurangan buruh mahir ini biasanya diatasi dengan pengambilan tenaga mahir asing dan juga melalui skim latihan dan kursus jangka panjang untuk pekerja tempatan.Contohnya Petronas menghantar pekerjanya bagi mengikuti latihan kemahiran di luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jerman setiap tahun bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Di samping itu, Petronas  menubuhkan Universiti Petronas di Terengganu bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang berkaitan.

            vi. Dasar kerajaan
          Galakan kerajaan dapat mempertingkatkan pengeluaran.Contohnya galakan kerajaan di Malaysia dalam sektor perlombongan petroleum dapat dilihat melalui penubuhan Petronas bagi kerja-kerja meneroka dan memproses sumber petroleum di perairan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...