Jumaat, 17 Oktober 2014

Teknologi perlombongan

Penggunaan Teknologi Moden Dapat Memaju Dan Memperkembangan Sektor Perlombongan  Di Malaysia

i) Gerudi
            Gerudi ialah alat yang digunakan untuk mengorek lapisan batuan yang keras.Gerudi boleh menembusi lapisan  batuan sehingga 100 kaki dari permukaan bumi. Proses mengorek akan berhenti apabila kerja-kerja tersebut ke kawasan takungan atau telaga  minyak atau gas asli. Tegasnya, dengan adanya teknologi penggerudian ini, aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli berkembangan dengan pesat. Contohnya pada 1973 jumlah penggeluaran minyak mentah telah meningkat kepada 90,000 tong sehari.

ii) Kapal tangki
Kapal tangki adalah satu teknologi pengangkutan untuk memunggah petroleum mentah daripada pelantar pengeluar minyak yang telah di luar pantai ke pusat penapisan minyak di daratan. Contoh di pusat penapisan kertih Terengganu. Kapal ini dapat membawa beribu-ribu tong minyak mentah. Dengan pengunaan kapal tangki,  dapat mempercepatkan penghantaran minyak  ke pusat-pusat penapisan seperti di Tangga Batu, Melaka.

iii) Paip Dasar laut
Penggunaan paip dasar laut memudahkan proses penghantaran  petroleum dan gas asli  dari pelantar  ke pusat penapisannya  selain daripada penggunaan kapal tangki.  Di samping itu, teknologi paip juga  digunakan untuk menghantar minyak yang telah ditapis ke pusat simpanan sementara dihantar kepada pengguna.
                                                

iv) Pelantar Pengeluaran Minyak
Pelantar pengeluaran minyak adalah satu binaan konkrit didirikan di tengah lautan.  Pelantar ditempatkan alat penggerudian, tangki simpanan sementara, tempat pendaratan helikopter, pejabat pentadbiran, tempat rehat pekerja. Dengan ini, kerja-kerja pengeluaran minyak mentah dapat dijalankan sepanjang masa. Contoh pelantar seperti Pelantar Parameswara dan pelantar Duyong di luar pantai Terengganu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...