Khamis, 16 Oktober 2014

Langkah-Langkah Untuk Memaju Dan Membangunkan Sektor Pertroleum Di Malaysia.

           
  •          Mempergiatkan usaha mencari gali

Mempergiatkan usaha mencari gali untuk mengesan longgokkan baru seperti yang dijalankan oleh PERTRONAS dan Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC). Contohnya, penemuan kawasan blok baru di luar pantai Sabah dan Sarawak. Di samping itu,  usaha ini dilakukan juga sehingga ke Alaska, Amerika utara oleh syarikat minyak antarabangsa bagi mengatasi kekurangan bekalan petroleum.
  • Menggunakan teknologi moden
Menggunakan teknologi moden dalam mempertingkatkan kecekapan perlombongan serta cara pemprosesan sumber mineral untuk elakkan pemba-ziran.  Contohnya seperti penggunaan satelit untuk mengesan kawasan yang kaya dengan sumber-sumber petroleum di luar pantai Malaysia. . Selain itu, teknologi memproses yang lebih moden dapat memastikan sumber seperti bijih timah dapat diproses dengan lebih baik tanpa pembaziran.


  • Kerjasama dengan Negara lain.
Kerjasama dengan Negara lain. Kepentingan kerjasama ini dapat memajukan sektor perlombongan pada masa akan datang. Contohnya Malaysia mengadakan kerjasama dengan negara OPEC (Pertubuhan negara-negara pengeksport petroleum). Kerjasama ini bertujuan memastikan kestabilan harga minyak di pasaran dunia. Di samping itu, pertubuhan dapat menjadi tempat perbincangan berkaitan dengan petroleum.



  • Inisiatif kerajaan
Kerajaan telah memperuntukkan bajet bagi kemahiran petroleum dalam sektor pendidikan di dalam bajet 2015.Beberapa buah negeri yang bergiat dalam industri perlombongan petroleum diberi penekanan oleh kerajaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...