Jumaat, 17 Oktober 2014

Atasi kesan petroleum

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Negatif Kegiatan Perlombongan Petroleum
     

i) Langkah Perundangan
    Menghadkan kouta pengeluaran petroleum,pemberian lesen dan konsesi cari gali petroleum di kawasan atau medan petroleum yang baru mestilah dilaksanakan agar simpanan sumber ini dijamin berterusan dan tidak dieksploitasi sepenuhnya dalam jangka masa yang singkat.Contohnya;Akta Perlombongan Petroleum 1966.


ii) Amalan Pengurusan Strategik

            Langkah pengurusan strategik, iaitu menjalankan kerja-kerja pembersihan laut, pantai, dan sungai jika didapati pencemaran laut, pantai, dan sungai berlaku. Kerja-kerja  pembersihan ini mestilah dijalankan secara bersepadu antara syarikat yang terbabit dengan Jabatan Alam sekitar.


iii) Kempen Dan Pendidikan Alam Sekitar

            Kempen-kempen secara  berterusan dan bersepadu antara angensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat perlu diadakan. Kempen boleh diadakan melalui media massa iaitu media cetak dan media elektronik seperti kaca televisyen dan corong-corong radio.

            Pendidikan alam sekitar boleh dilakukan dengan mengadakan seminar, forum, dialog  di kalangan pengusaha perlombongan dengan pihak kerajaan. Hal ini bertujuan memberikan kesedaran kepada semua masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...