Khamis, 16 Oktober 2014

SEJARAH PETROLEUM..


Sumber dari Ensiklopedia Britannica, petroleum ditemui pada 5000 tahun sebelum masihi oleh bangsa Asyiria, Sumeria, dan Babilonia kuno. Cara mendapatkan petroleum tersebut tidak dilakukan dengan cara penggerudian yang sama dengan zaman ini,namun bangsa-bangsa tersebut memperoleh petroleum dengan mengambilnya di permukaan bumi kerana petroleum tersebut meresap sampai ke permukaan. Bangsa-bangsa tersebut memanfaatkan petroleum sebagai ubat luka, julap, atau pembasmi kutu.

            Namun, ada sumber yang belum diketahui dengan tepat mengatakan bahawa petroleum pertama ditemukan di Timur Tengah (Parsi kuno/Iran) sebagai rembesan yang muncul ke permukaan bumi.Sumber juga menyatakan bahawa Nabi Nuh AS juga menggunakan petroleum yang merembes di permukaan yang berbentuk asfalt atau minyak tar untuk menampal perahunya agar tidak dimasuki air.

           Seiring perubahan zaman, pada abad pertama, bangsa Arab dan Persia berjaya menemukan teknologi penyulingan petroleum. Penyulingan ini menghasilkan minyak yang mudah terbakar. Hal ini demikian minyak digunakan sebagai bahan bakar sehingga kini. 

         Pada zaman berikutnya, gas asli yang pertama terbakar.Oleh itu,muncul agama yang menyembah api yang menganggap itu adalah api abadi (Majusi).

         Beberapa abad kemudian bangsa Spanyol melakukan peperlombongan petroleum di wilayah yang bernama Kuba, Mexico, Bolivia, dan Peru. Pada pertengahan abad ke-19, masyarakat Amerika Utara dan Eropah menggunakan minyak tanah atau arang batu sebagai bahan bakar.


              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...