Isnin, 20 Oktober 2014

SUMBER ELEKTRIk


1. Kemagnetan

-Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik
-Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar
-Contoh :

CIRI-CIRI MAGNET

  1. Magnet semula jadi adalah seketul batu magnet yang mampu menarik besi,nikel dan kobalt.
  2. Magnet pada hari ini diperbuat daripada aloi logam seperti alniko (alio aluminium,nikel dan kobalt).
  3. Magnet yang tergantung secara bebas biasanya akan menghala ke utara -selatan.Prinsip ni digunakan dalam kompas.
  4. Magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan.Kutub yang sama akan menolak manakala kutub berlainan akan menarik antara satu sama lain.


MEDAN MAGNET DAN GARIS MEDAN MAGNET
  1. Kemagnetan adalah kesan yang ditunjukkan oleh magnet .
  2. Medan magnet merupakan kawasan disekeliling magnet dimana daya magnet dapat dirasai.
  3. Medan magnet sangat kuat pada bahagian kutub.
  4. Garis medan magnet akan terpisah apabila jauh dari kutub kerana medan magnet semakin lemah.
  5. Garis medan magnet keluar dari kutub utara dan masuk dari kutub selatan.
  6. Apabila 2 batang magnet bar disusun dengan kutub yang sama menghala satu dengan lain,titik neutral akan wujud .Medan magnet tiada pada titik neutral.





                                                                                                                                                    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...