1. Kemagnetan
-Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik
-Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar
-Contoh :
CIRI-CIRI MAGNET
- Magnet semula jadi adalah seketul batu magnet yang mampu menarik besi,nikel dan kobalt.
- Magnet pada hari ini diperbuat daripada aloi logam seperti alniko (alio aluminium,nikel dan kobalt).
- Magnet yang tergantung secara bebas biasanya akan menghala ke utara -selatan.Prinsip ni digunakan dalam kompas.
- Magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan.Kutub yang sama akan menolak manakala kutub berlainan akan menarik antara satu sama lain.
MEDAN MAGNET DAN GARIS MEDAN MAGNET
- Kemagnetan adalah kesan yang ditunjukkan oleh magnet .
- Medan magnet merupakan kawasan disekeliling magnet dimana daya magnet dapat dirasai.
- Medan magnet sangat kuat pada bahagian kutub.
- Garis medan magnet akan terpisah apabila jauh dari kutub kerana medan magnet semakin lemah.
- Garis medan magnet keluar dari kutub utara dan masuk dari kutub selatan.
- Apabila 2 batang magnet bar disusun dengan kutub yang sama menghala satu dengan lain,titik neutral akan wujud .Medan magnet tiada pada titik neutral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan