#Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan.
Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran.
Aku biarkan butir-butir huruf ini menyampaikan kelukaan ini.
Jujur sakit.
Aku lurus, terlalu polos memahami kata sayang.
Bagi aku sayang perlu ditunjuk.
Sayang itu harus sentiasa dekat.
Sayang apabila dua jiwa merentas apapun bersama.
Saat sedih juga bahagia harus dikongsi bersama.
Aku ragu lalu rapuh bila itu hilang.
Aku jadi kecewa. Marah.
Marah yang terlontar pada aku kembali.
Tangis yang aku tahu, gelak metertawakan aku.
Aku merasa bodoh tatkala diri aku kesakitan.
Aku menghumban kekecewaan pada jiwa sendiri.
Kerana pada aku, aku tidak layak memiliki apapun perhatian darinya.
Lalu sesal menerpa.
Sudah. Aku tak ingin bercinta.
Sayang dan segala perhatian aku tidak akan dihargai.
Bahkan aku dianggap mengemis kasih pada dia.
Sedang dulu, dia lah yang bersungguh mengajar aku erti cinta.
Membuai aku dalam perhatiannya.
Sehingga aku tidak lagi menjadi aku.
Benar.Yang manis tidak akan kekal lama.
Aku terbiar. Bagai tiada makna dan harga.
Aku lelah berjuang demi "kita".
Jadi aku pergi tanpa meletak kesalahan kau sebagai punca.
Bagi aku, aku yang salah kerana mencintai manusia sepenuh hati.
Aku. Tewas lagi.
-Ditulis ketika aku benar-benar terluka-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kisah ini terhenti
#Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...
-
Kesan aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli Pencemaran laut Tumpahan minyak Pembuangan sisa minyak dari pelant...
-
Penggunaan Teknologi Moden Dapat Memaju Dan Memperkembangan Sektor Perlombongan Di Malaysia i) Gerudi Gerudi ialah al...
-
PENYULINGAN BERPERINGKAT Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya. Pecahan Petroleum Kegunaan Gas-gas petroleum (takat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan