Khamis, 16 Oktober 2014

EKSPERIMEN PENYULINGAN BERPERINGKAT

AIM: Untuk mengkaji penyulingan pecahan petroleum.
BAHAN: Minyak mentah (petroleum) ,kapas kaca
RADAS: Tabung didih,penunu bunsen,kaki retort,tabung uji,mangkuk                                                    pijar,penyumbat,termometer,250ml bikar,tiub penghantaran.

PROSEDUR:



  1. Sediakan radas seperti rajah diatas.
  2. Tambah 20ml minyak mentah ke dalam tabung didih dengan kapas kaca.
  3. Panaskan minyak mentah didalam tiub secara perlahan.
  4. Kumpul tiga pecahan penyulingan pada suhu berikut:
  • Bawah 120'C
  • Antara 120-170'C
  • Antara 170-220'C

Keputusan :
Pecahan
Julat Suhu
0C )
Warna Pecahan
Kelikatan
Keboleh bakaran
Kuantiti jelaga
1
50- 100 0CTidak berwarnaCair / mudah mengalirMudah terbakarTiada jelaga
2
101-150 0CKuning mudaPekat sedikitMudah terbakarSedikit jelaga
3
151- 200 0CKuning tuaAgak pekatSusah terbakarAgak banyak jelaga
4
201- 250 0CPerangAgak pekatAmat sukat terbakarAmat banyak jelaga
Baki
Lebih dari 250 0CPerang tua - hitamAmat likat / sangat sukar mengalirTidak terbakar
-


PENYULINGAN BERPERINGKAT





Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya.

Pecahan Petroleum
Kegunaan
Gas-gas petroleum(takat didih paling rendah )Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.
PetrolDigunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.
NaftaSumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut
KerosinDigunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )
DieselDigunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.
Minyak pelincirDigunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran
ParafinDigunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci
Minyak Bahan ApiDigunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa
Bitumen(takat didih paling tinggi)Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.
PROSES PENYULINGAN BERPERINGKAT

PENGENALAN


  1. Petroleum mentah berwarna merah dan merupakan cecair pekat yang terdiri daripada campuran pelbagai jenis hidrokarbon.
  2. Penyulingan berperingkat adalah satu proses di mana petroleum itu dipanaskan dan hidrokarbon yang berbeza disuling pada suhu yang berbeza .
  3. Setiapbahagian hidrokarbon dikenali sebagai pecahan.
  4. Hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang rendah akan dipisahkan dahulu.
  5. Semua pecahan tidak larut dalam air dan mudah terbakar.
  6. Pecahan yang diperoleh daripada penyulingan berperingkat perlu dirawat sebelum dihantar kepada pengguna.
PENGENALAN

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon.


  • Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, 
  • kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir.
  • Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . 
  • Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. 
  • Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. 
  • Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .

Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

Arang batu juga merupakan sumber asli hidrokarbon.

  • Arang batu terbentuk daripada sisa tumbuhan (di kawasan berpaya) yang mati , 
  • kemudian tertimbus , berjuta-juta tahun dahulu . 
  • Sisa tumbuhan itu terdedah kepada suhu dan tekanan yang tinggi , seterusnya bertukar kepada arang batu.
RUJUKAN

1.Oil Domes: Sejarah penemuan minyak bumi di dunia
[http://oildomes.blogspot.com/2013/12/sejarah-penemuan-minyak-bumi-di-dunia.html]

2.Petroleum
[http://alfinurillahi.blogspot.com/2012/10/petroleum-minyak-bumi-dan-gas_9381.html]

3.Senarai 10 university terbaik dalam bidang petroleum engineering
[http://billyinfo.blogspot.com/2013/04/10-universiti-terbaik-di-dunia-untuk.html#axzz3GkgJLqOK]

4.Peluang pekerjaan
[ipai-ans.blogspot.com/2011/07/peluang-pekerjaan-dan-kerjaya-dalam.html]

Seiring dengan perkembangan zaman, enjin yang awalnya didukung oleh tenaga manusia dan haiwan, mula bdigantikan dengan penggunaan minyak sebagai bahan api untuk kuasa enjin. Selepas James Watt mencipta enjin stim kali pertama yang menimbulkan revolusi perindustrian, masyarakat umum mula memburu minyak sebagai sumber tenaga, kerana ia tidak praktikal dan menyusahkan.

                   Perkembangan seterusnya, mulalah dilakukan eksplorasi dan eksploitasi petroleum. Lalu penemuan petroleum yang berbentuk cecair yang berasal dari proses endapan fosil-fosil selama berjuta-juta tahun di dalam bumi. Minyak bumi ini memenuhi kriteria untuk digunakan sebagai bahan bakar yang mudah digunakan sebagai sumber tenaga.




SEJARAH PETROLEUM..


Sumber dari Ensiklopedia Britannica, petroleum ditemui pada 5000 tahun sebelum masihi oleh bangsa Asyiria, Sumeria, dan Babilonia kuno. Cara mendapatkan petroleum tersebut tidak dilakukan dengan cara penggerudian yang sama dengan zaman ini,namun bangsa-bangsa tersebut memperoleh petroleum dengan mengambilnya di permukaan bumi kerana petroleum tersebut meresap sampai ke permukaan. Bangsa-bangsa tersebut memanfaatkan petroleum sebagai ubat luka, julap, atau pembasmi kutu.

            Namun, ada sumber yang belum diketahui dengan tepat mengatakan bahawa petroleum pertama ditemukan di Timur Tengah (Parsi kuno/Iran) sebagai rembesan yang muncul ke permukaan bumi.Sumber juga menyatakan bahawa Nabi Nuh AS juga menggunakan petroleum yang merembes di permukaan yang berbentuk asfalt atau minyak tar untuk menampal perahunya agar tidak dimasuki air.

           Seiring perubahan zaman, pada abad pertama, bangsa Arab dan Persia berjaya menemukan teknologi penyulingan petroleum. Penyulingan ini menghasilkan minyak yang mudah terbakar. Hal ini demikian minyak digunakan sebagai bahan bakar sehingga kini. 

         Pada zaman berikutnya, gas asli yang pertama terbakar.Oleh itu,muncul agama yang menyembah api yang menganggap itu adalah api abadi (Majusi).

         Beberapa abad kemudian bangsa Spanyol melakukan peperlombongan petroleum di wilayah yang bernama Kuba, Mexico, Bolivia, dan Peru. Pada pertengahan abad ke-19, masyarakat Amerika Utara dan Eropah menggunakan minyak tanah atau arang batu sebagai bahan bakar.


              

Kisah ini terhenti

 #Notakaki Bukan lah seorang yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Ini hanya lah sekadar luahan kata hati yang tidak kedengaran. Ak...